Monday, November 2, 2009

Nyata dan Jelas

Beberapa hari yang lalu, saya dan rakan-rakan singgah dan menjamu selera di sebuah restoren makanan segera.Kebiasaannya restoren makanan segera mempunyai tahap kualiti yang tinggi dari segi penjagaan makanan dan persekitran yang teratur dan bersih. Sesudah selesai dan bersiap sedia pulang ke rumah, saya telah telah pergi ke tandas.

Apa yang menarik perhatian saya adalah simbol atau tanda yang ada di pintu tandas tersebut. Kebiasaanya kita akan melihat simbol atau tanda yang melambangkan bentuk gambar manusia yang membezakan tandas untuk lelaki dan perempuan. Simbol tersebut adalah dikategorikan dalam bentuk "kasut". Di situ, ternyata saya harus menganalisis sebentar untuk masuk ke tandas yang betul.

Pengajarannya sungguh senang. Apabila kita hendak menyampaikan sesuatu mesej, ia hendaklah nyata dan jelas dan diterima pakai secara umum.

Monday, October 26, 2009

Renung, Fikir dan Mempelajari

Beberapa hari yang lalu, saya telah pergi ke Zoo Negara untuk Hari Keluarga. Suasana di situ cukup menarik sebab kita boleh melihat berjenis-jenis binatang dan datang dari berbagai species yang dibawa dari berbagai benua. Saya selalu berfikir, jika saya menjejaki tempat itu pertama kali, yang pertama yang saya ingin ambil adalah mempelajari sesuatu yang baru dan memberi pengalaman kepada hidup saya. Semasa berjalan berseorangan di zoo tersebut, memang banyak pengalaman yang saya perolehi dan berkesempatan melihat sikap-sikap pasif dan positif pelawat-pelawat ke zoo tersebut.

Apabila saya berjalan sekitar zoo tersebut, saya terjumpa kurungan babi hutan di situ. Tidak ramai pengunjung yang ingin memperhatikan gelagat binatang jenis tersebut. Lalu saya terfikir sendiri pada masa tersebut. Adakah binatang ini terlalu keji untuk kita mempelajari tentang habitatnya? Adakah binatang tersebut terlalu berat untuk diperkatakan oleh sesetengah pihak sehingga tidak mahu mempelajari sesuatu yang masih samar pada fikiran mereka? Saya masih di situ sebenarnya untuk meneliti gelagat pengunjung dan siapakah yang mempelajari tentang habitatnya.
Saya ada melihat dua keluarga yang lalu di situ dan kedua-duanya saya percaya menganuti agama yang sama. Keluarga yang pertama saya lihat, apabila melihat papan tanda "Babi" di situ dan dengan tidak semena-mena, dia menyuruh anak-anaknya menjauhi dari kandangan tersebut serta merta dan beralih kepada kandangan yang lain. Keluarga yang kedua, mempunyai perspektif yang berbeza. Mereka datang ke situ dan datang membaca lebih lanjut habitat tersebut dan melihat gelagat babi hutan tersebut walau mereka datang dari agama yang sama.

Dari senario ini, ilmu dan pengalaman itu boleh diperolehi di mana-mana sahaja sebenarnya. Kita tahu ilmu ada di situ sebenarnya, tetapi kita tidak pernah memperdulikannya atau kita tahu ilmu ada di situ dan kita mengambil peluang untuk mempelajari sesuatu. Ilmu tidak datang begolek, kita semua harus merenung secara kritis, fikir secara rasional dan pelajarinya sebanyak yang mungkin!

Friday, October 16, 2009

Static Vs Dynamic

Berberapa hari yang lalu, saya menghadiri satu konsert. Pada pendapat saya, persembahan mereka cukup hebat, mantap dan tersusun. Rata-rata kesemua yang hadir memuji tentang kehebatan mereka. Keadaan ini, kadang-kadang membuat saya terfikir apabila duduk di kerusi di dalam dewan tersebut. Satu telah timbul di dalam pemikiran saya; kita terlalu banyak memuji kewibawaan orang lain. Pada saat tersebut, adakah kita pernah memuji kewibawaan diri kita? Atau kita adalah terlalu kerdil atau tenggelam di hadapan mereka? Pada saat itu, di manakah diri anda sebenarnya? Pada saat itu adakah anda menjadi pemetik bass yang terhebat? Pada saat itu adakah anda jadi pemukul drum yang terhebat?

Orang yang di pentas itu, adalah memulakan sesuatu dari yang terbaik dan bukan memulakan sesuatu dari yang termampu. Kita harus ingat "terbaik" dan "termampu" adalah dua perkara yang amat berbeza. Ramai orang mengatakan membuat yang terbaik adalah pada tahap "persembahan" sahaja tetapi bagaimana dengan keadaan sebelumnya? Adakah kita pernah melakukan yang terbaik hari-hari sebelumnya. Satu contoh yang baik berkemungkinan yang saya paparkan di sini adalah mengenai Lance Amstrong sebelum menghadapi perlumbaan Lumba Basikal Jelajah Peranchis (Tour De France). Untuk membuat yang terbaik masa perlumbaan, dia telah melakukan sesuatu yang terbaik sebelumnya. Maksudnya, dalam masa setahun itu sebelum perlumbaan dia telah berlatih lebih dari 6 jam setiap hari. Itu lah prinsipalnya untuk menang. Bukan membuat yang termampu. Termampu bermakna anda akan melakukan secara paksa. Paksaan tidak akan membawa kejayaan. Jika anda sebagai pelajar yang baru sahaja menamatkan satu kertas peperiksaan, dan anda berkata "Saya telah melakukan yang terbaik" atau " Saya telah melakukan yang termampu". Itu tidak bermakna anda telah melakukan yang terbaik. Sebelum menghadapi peperiksaan, adakah anda telah melakukan yang terbaik selama 2 minggu sebelum peperiksaan tersebut; membuat persiapan yang rapi dan terperinci dan menggunakan sumber yang maksimum. Itu yang harus kita fikirkan.

Tidak perlu kita membandingkan apa keistimewaan orang tersebut tetapi kita harus berfikir bagaimana dia boleh jadi sebegitu rupa. Maksudnya di sini, adalah sikap positif mereka dan bagaimana mereka mengerahkan tenaga mereka untuk berjaya. Adakah dengan berpeluk tubuh sahaja boleh berjaya? Adakah paksaan boleh membuat seorang itu berjaya?

Sebagai kesimpulannya; adakah anda perlu bersikap "Static" atau "Dynamic"? Maju dalam keadaan yang "stagnant" atau usaha yang rutin-rutin sahaja? Dynamic? Berusaha untuk maju dan adakah bermula dari setakat yang mampu sahaja?

Tuesday, October 6, 2009

Serupa Tapi Tidak Sama

Jika hari ini anda berdiri di hadapan cermin, anda akan melihat bentuk anda dari kepala hingga ke kaki. Dan di saat itu kita mengatakan imej itu adalah serupa dengan kita yang sebenarnya. Ia adalah serupa tetapi tidak sama.

Begitu lah dengan sikap kita sebenarnya. Kawal situasi dan bukan situasi yang mengawal anda....dan saya percaya anda akan berani membuat keputusan.

Wednesday, September 23, 2009

Masa

Kalau kita memperkatakan satu perihal tentang "masa", sudah pasti terlintas dalam fikiran kita adalah cepat dan lambat. Setiap kita adalah wajib menghargai masa dan ia bukanlah merupakan satu opsyen. Apabila anda bangun setiap hari, pertama yang anda akan lihat adalah "masa". Belajar adalah berkaitan dengan masa, bekerja adalah berkaitan dengan masa, tidur juga berkaitan dengan masa dan lain-lain lagi.

Dalam melakukan sesuatu kerja tidak kiralah sama ada formal atau tidak formal, saya selalu perhatikan sikap individu tersebut berkaitan dengan masa. Dengan kata lain, sukar untuk menepati masa. Satu permulaan yang penting untuk berjaya adalah menepati masa - kerana masa menentukan salah satu sifat anda dan masa menentukan sejauh mana anda mengambil tindakan tersebut serta kepercayaan orang lain terhadap anda.

Jadi sekiranya anda ada temujanji, mesyuarat, bekerja atau ke kuliah - pastikan anda menepati masa. Bukan lambat 1 minit, 2 minit atau pun 2 jam!

Monday, September 14, 2009

Ada 2 perkara - Malas dan Rajin

Ada dua perkara iaitu Malas dan Rajin - Tentu kan di mana anda ingin berada. Malas dan rajin selalunya dikaitkan dengan peribahasa - " Kalau hendak seribu daya, kalau taknak seribu dalih...."

Sunday, September 13, 2009

Konsep 1Malaysia

Beberapa hari yang lalu, saya berjalan di kompleks membeli belah dan lalu terpandang sehelai banner yang melambangkan konsep "1Malaysia" dan melambangkan berbagai kaum di Malaysia. Yang peliknya, hanya 3 kaum sahaja diletakkan di situ iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Lalu hati saya bertanya, adakah kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak telah dilupakan? Adakah mereka sahaja penghuni yang digelarkan sebagai "Rakyat Malaysia" dan adakah kaum-kaum ini digelarkan sebagai kaum kelas ketiga?

Konsep "1Malaysia" akan tinggal sebagai satu konsep dan satu konsep yang memihak kepada kaum tertentu atau utama sahaja. Sehingga kini, ramai orang mengatakan konsep "1Malaysia". Di manakah ia bermula? Adakah ada satu catatan atau satu manifesto yang kukuh mengatakan konsep "1Malaysia"? Orang ramai hanya faham erti kata "1" dan erti kata "Malaysia" tetapi secara mendalamnya memang tidak memahami langsung. Apa kaitannya dengan sosio-ekonomi? Apa kaitanya dengan politik? Malah saya sendiri sukar memahami nya.....